Ads Top

Tips Menyimpan Dengan Betul Dan Teratur


Simpanan merupakan suatu cara yang amat penting sekiranya anda inigin mencapai sesuatu matlamat seperti membeli Rumah, berkahwin, membeli kenderaan dan sebagainya. Untuk memulakan simpanan, anda perlukan komitmen dancara yang teratur supaya matlamat anda boleh dicapai dan ianya juga tidak menyusahkan anda dimasa sekarang dan dimasa hadapan.

Berikut merupakan sedikit tip-tip yang boleh membantu anda untuk memulakan simpanan.

Pastikan anda tetapkan matlamat simpanan anda


Sekiranya anda ingin mula menabung, pastikan anda sudah tetapkan matlamat tabungan anda. Tanya diri anda, “ Kenapa aku perlu menabung?” , “ Berapa banyak aku perlukan?”.
Matlamat tabungan anda boleh jadi unutk digunakan dalam jangka masa pendek ataupun untuk jangka masa panjang. Untuk perancangan masa panjang, anda memerlukan perancangan yang sangat rapi.

Jika anda berniat untuk membeli Rumah atau kereta, anda boleh tentukan dulu berapa banyak yang anda perlukan untuk bayaran muka yang perlu anda buat.
Pastikan juga matlamat anda bersesuaian dengan jangka masa dan kemampuan bulanan anda unutuk menyimpan.

Letakkan jangka masa simpanan anda


Anda perlu menetapkan waktu atau tarikh bila anda ingin menggunakan wang yang anda simpan untuk capai matlamat anda. Pastikan jangka masa yang anda tetapkan itu munasabah dan anda harus memberikan komitmen disepanjang waktu simpanan.

Buat kira-kira dahulu sebelum menetapkan matlamat simpanan samada untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Pastikan anda ambil kira berapa banyak yang anda mampu simpan unyuk setiap Bulan.

Buat kiraan berapa banyak anda perlu menyimpan


Anda perlu jadikan menyimpan satu amalan yang perlu dilakukan dan konsisten setiap Bulan. Sebelum memulakan matlamat penyimpanan, anda harus mengambil kira perbelanjaan dan komitmen-komitmen bulanan anda yang lain.

Jangna sampai terlalu taksub untuk menyimpan, anda mengabaikan perbelanjaan harian anda seperti makan minum dan perbelanjaan harian yang lain.

Oleh itu pastikan matlamat anda seiring dengan kemampuan anda atau anda boleh cuba mendapatkan duit sampaingan.

Rekodkan Setiap Perbelanjaan Anda


Dengan cara merekodkan perbelanjaan harian anda, anda mampu mengelakkan berlakunya ketirisan atau pembaziran perbelanjaan. Berbelanja hanya pada benda yang perlu.
Buat rekod perbelanjaan anda dengan menggunakan Microsoft excel atau muat turun aplikasi pengurusan perbelanjaan di telefon bimbit anda. Sentiasa simpan dan rekodkan bil-bil pembelian anda.

Anda boleh rekodkan perbelanjaan anda setiap hari atau boleh dilakukan setiap Hujung minggu.
Berbelanja hanya pada benda yang perlu.

Jika anda seorang yang merokok, berhenti merokok dapat mengurangkan lagi pembaziran anda.
Setelah anda merekodkan perbelanjaan anda, anda akan dapat melihat kembali cara perbelanjaan harian anda, adakah ianya dikategorikan sebagai membazir atau tidak.

Anda boleh mula memikirkan perbelanjaan apakah yang tidak diperlukan dan perbelanjaan apakah yang boleh dikurangkan bergantung kepada keperluan anda juga.

Buat Bajet Perbelanjaan


Setelah anda dah Berjaya merekod dan mengurangkan segala pembaziran anda. Anda perlu mengamalkannya unutuk Bulan seterusnya dan seterusnya. Sebaik Sahaja anda Berjaya mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan anda, anda mampu untuk memberikan komitmen untuk matlamat simpanan anda.

Selain itu, anda juga perlu wujudkan Bajet untuk hiburan atau reward untuk diri anda setiap Bulan. Contohnya, anda membelanjakan sebanyak RM50 sebulan untuk membeli sesuatu yang anda suka, tengok wayang atau lain-lain.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.