Ads Top

Teknik Berkesan Viral Marketing


Apa itu viral marketing? Menurut rujukan dewan bahasa dan pustaka, perkataan viral merujuk kepada perkataan yang hamper sebutan dengannya iaitu “virus”. Viral merujuk kepada Imej, video atau sesuatu maklumat yang merebak dengan pantas dan meluas didalam intenet. Dengan kemajuan dan kewujudan pelbagai jenis laman media sosial, sesuatu informasi mudah disampaikan kepada seluruh penduduk bumi dan lagi mudah jika ianya di”viral”Kan.
Teknik viral ini sangat berguna bagi menyampaikan berita dan amaran. Ianya juga sangat membantu bagi mereka yang berniaga secara online.

Teknik viral ini dipanggil sebagai teknik alih perhatian dengan Sesutu pembacaan atau melalui gambar-gambar yang Menarik. Ianya seperti iklan di TV, tetapi anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk menyebarkankan kemana Sahaja di internet. “Share” atau perkongsian melalui media sosial sangat penting untuk setiap maklumat itu sampai ke lebih ramai orang. Melalui “share”, secara tidak langsung orang ramai akan menghebahkan setiap apa yang anda cuba sampaikan.

Disini saya akan kongsikan serba sedikit teknik-teknik viral marketing yang sangat berkesan. Anda berpotensi mendapat lebih banyak trafik ke laman web anda dan juga meningkatkan lagi jualan.


5 Teknik Viral Marketing Berkesan

Sasaran audien dan channel yang betul

Langkah yang penting bagi pemasaran secara viral adalah memastikan anda mempunyai target audien yang ada di dalam media sosial. Viral melibatkan penglibatan seramai mungkin orang-orang yang aktif secara talian dan meyampaikan sesuatu pada orang yang tepat.

Biasanya, untuk pemasaran sesetiap produk, anda perlu membuat kajian umur, jantina, status dan tempat tinggal audien pilihan anda.

Contoh :-

Anda ingin memasarkan produk kecantikan. Sasaran anda yang paling sesuai adalah Wanita berbanding lelaki dan sasaran umur perlulah kepada audien yang mempunyai kemampuan untuk membeli. Kemudian anda boleh mula mengarang ayat-ayat promosi anda berserta gambar yang Menarik yang mampu Menarik sasaran pilihan anda melalui Facebook atau Instagram.

Buat Video

Teknik menggunakan video untuk tujuan promosi merupakan teknik yang sangat memberi kesan. Seperti juga iklan di tv, ia mampu membuatkan audien anda ingat apa yang anda ingin sampaikan. Untuk video, anda boleh gunakan medium facebook, Youtube dan Instagram.

Dalam penghasilan video, anda boleh selitkan informasi dan cerita-cerita yang berkaitan selain daripada mempromosikan produk Sahaja. Audien anda akan lebih terkesan dengan video-video yang berunsur lawak jenaka, kisah-kisah sedih/gembira dan juga informasi yang mereka perlu tahu. Kaitkan situasi video anda dengan produk yang anda ingin sampaikan. Video yang Menarik akan untuk dikongsikan oleh pengguna media sosial. Bila video anda mendapat perkongsian yang banyak, ianya akan menaikkan lagi nama anda.

Tawarkan sesuatu yang berguna atau sesuatu yang percuma

Siapa tak nak benda percuma kan! Jadi untuk mendapat lebih perhatian daripada audien media sosial, anda perlu menyediakan sesuatu yang bernilai atau percuma. Kebanyakan iklan viral yang Berjaya menawarkan sesuatu yang berguna dan sesuatu servis/produk percuma  untuk Menarik perhatian.

Undang-undang web marketing Wilson (Wilson’s second law of web marketing) menyatakan “ Undang-undang memberi dan menjual”. Anda tawaran sesuatu secara percuma untuk menjual sesuatu.

Dengan car aini, anda mungkin anda Nampak tiada untung pada mulanya, tapi ia akan memberikan keuntungan pada anda suatu masa nanti.

Macam mana tu?

Sebagai contoh, anda menjual produk kecantikan. Anda boleh memberikan ebook berkaitan kecantikan secara percuma kepada audien pilihan anda. Jangan bagi terus kepada mereka, tetapi pastikan setiap orang yang ingin muat turun ebook percuma anda meninggalkan email atau nombor telefon mereka supaya anda boleh jejak mereka bila masa anda ingin mempromosikan produk anda.

Kuasai emosi

Viral marketing paling berkesan adalah dengan sesuatu imej, video atau maklumat yang menyentuh emosi audien anda dan Viral marketing adalah 100% tentang emosi.

Persoalannya, macam mana nak hasilkan konten yang mempunyai emosi yang kuat?
Anda hanya perlu menghasilkan konten yang berkisar tentang cinta, kemanusian dan kasih saying. Hasilkan sesuatu yang boleh membuatkan audien anda tersentuh, gembira dan terharu. Selepas itu, mereka akan kongsikan konten anda dengan lebih cepat.

Perkongsian maklumat dan muat turun

Permudahkan konten anda untuk dikongsikan dengan semua media sosial yang anda, lagi banyak lagi bagus. Cuba perbanyakan rangkaian media sosial dan website anda untuk memudahkan proses perkongsian di internet.

Sekiranya anda menggunakan blog/website untuk menyampaikan konten anda, pastikan anda integrasikan perkongsian media sosial di setiap pos anda. Permudahkan audien anda selagi mampu. Lagi mudah proses perkongsian, lagi cepat sesuatu itu viral.


Banyak lagi teknik-teknik viral marketing yang anda mungkin boleh terokai. Paling bagus adalah bila ianya lain daripada yang lain, jadi audien anda akan mudah tertarik. Apa yang anda perlukan hanya cipta konten-konten yang Menarik serta komitmen anda.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.